Cari @ Amanz

Penduduk bumi diramal akan mencecah angka 8 bilion pada 15 November 2022 menurut laporan terkini Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Dalam laporan yang sama penduduk bumi dijangka mencecah 8.5 bilion menjelang 2030, 9.7 bilion menjelang 2050 dan 10.4 bilion menjelang 2080.

Bumi

Walaupun jumlah penduduk bumi semakin meningkat, kadar pertumbuhan penduduk sekarang adalah yang terendah sejak 1950. Tahap kesuburan 2/3 penduduk bumi kini di bawah kadar 2.1 untuk setiap wanita untuk mengekalkan jumlah populasi sedia ada.

Pada tahun 2023 pula, India akan memintas China sebagai negara dengan jumlah penduduk terbesar. Lebih daripada separuh peningkatan penduduk bumi sehingga 2050 akan berlaku di Republik Kongo, Mesir, Ethiopia, India, Nigeria, Pakistan, dan Filipina.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd