Carian
Canon Mempatenkan Sistem Penyejukan Kamera Menggunakan Cecair Magnetik
August 22, 2022 Effi Saharudin

Kamera yang menjadi panas menjadi sebab mengapa wujud had waktu ia boleh melakukan rakaman pada resolusi tinggi. Maka pemilik kamera digital biasanya diberikan had antara 30-60 minit setiap kali rakaman dilakukan sebelum kamera terhenti bagi mengelakkan kerosakan. Canon cuba menyelesaikan isu ini dengan mempatenkan sistem penyejukan yang agak unik.

Cecair magnetik akan digunakan untuk menyejukkan komponen dalam kamera. Uniknya di sini ialah cecair akan dialirkan dalam sistem tertutup menggunakan sistem pam elektromagnet dan bukannya menerusi sistem perolakan yang digunakan pada sistem penyejukan cecair biasa.

Paten difailkan pada Februari lalu tetapi hanya diterbitkan pada 18 Ogos lalu. Dengan sistem penyejukan yang lebih baik isu had masa rakaman disebabkan oleh kepanasan dapat diselesaikan pada kamera keluaran Canon.

Komen