Cari @ Amanz

Apple sebelum ini sedia diperkatakan akan menambah lebih banyak paparan iklan pada produk-produk mereka, dalam usaha untuk menggandakan pendapatan melalui pengiklanan. Pada hari ini, Apple memaparkan pengiklanan pada penyenaraian aplikasi mereka di App Store.

Terbaru, laporan baru hadir melalui Bloomberg, mengatakan Apple bakal mengintegrasikan pengiklanan pada Apple Maps pada awal tahun 2023 kelak.

Apple dikatakan telah dalam proses mengintegrasi kod awal dalam menyokong pengiklanan carian pada Apple Maps.

Melaluinya kelak, lokasi seperti restoran boleh mempromosikan lokasi mereka di Apple Maps, sekaligus menarik pelanggan ke lokasi mereka. Ia boleh diiklankan dengan menyasarkan kata kunci seperti jenis masakan, serta terma-terma carian yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd