Tidak dinafikan mungkin ada segelintir daripada kita yang aktif memuat naik status di WhatsApp. Sehinggakan ada yang gemar meluahkan perasaan dan masalah, malahan berkongsi perkembangan terkini melaluinya. Jika sebelum ini, anda perlu tekan pada bahagian status untuk menyemak setiap status yang dimuat naik oleh rakan atau kenalan. Kini ia menjadi lebih mudah apabila WhatsApp kelak membolehkan anda menyemaknya terus daripada ruang chat atau sembang.

Memetik tangkap layar yang dikongsi, ia berfungsi seumpama ciri Stories di Instagram. Apabila rakan atau kenalan anda memuat naik kemas kini status baru, satu bulatan hijau di sekeliling gambar profil akan kelihatan. Anda hanya perlu klik pada gambar profil mereka sahaja untuk melihat kemas kini berkenaan. Dalam masa sama, status berkenaan turut boleh disorokkan menerusi tetapan sekiranya anda kurang senang dengannya.
Buat masa ini, ciri ini hanya ditawarkan pada WhatsApp Beta untuk Android terpilih sahaja. Ia juga dikatakan akan menerima beberapa penambahbaikan sebelum dilancarkan bagi versi penuh.
- Sumber
- Sumber – Wabetainfo.com