Sedang banyak platform penstriman audio memfokuskan kandungan podsiar, pasti ramai lupa yang YouTube juga turut memfokuskan kandungan podsiar dalam bentuk video dan jika menggunakan langganan premium ia boleh dengar dalam bentuk audio sahaja.
Baru-baru ini 9to5Google melaporkan yang YouTube sudah mula memaparkan kategori podisar dalam Explore. Di mana di dalam ini turut akan mempunyai kategori Trending, Music, Gaming, News, Sports dan lain-lain lagi.

Apabila ikon Podcast ini ditekan ia akan memaparkan pilihan paparkan semua kandungan, khusus untuk episod popular, senarai main podsiar popular, yang dicadangkan, pencipta kandungan terkenal atau turut boleh memaparkan mengikut kandungan dalam kategori spesifik seperti komedi, jenayah, sukan, muzik dan lain-lain.
Laman Explore ini boleh diakses melalui YouTube.com/podcasts. Tetapi dalam ujian kami baik akaun Malaysia atau Amerika Syarikat ia tidak boleh diakses. Tidak pasti kenapa, mungkin ruangan Explore untuk podsiar ini masih lagi dalam uijian.