Cari @ Amanz

Kamera pada telefon pintar mengancam kewujudan kamera digital. Ia telahpun mengakibatkan kepupusan beberapa jenama kamera utama dan menghentikan jualan kamera filem kompak. Bagi mereka yang masih mempunyai nostalgia dengan kamera digital, Paper Shoot Camera ialah sebuah kamera digital yang diperbuat daripada kertas.

Ia kelihatan seperti kamera analog klasik seperti keluaran Lomography tetapi hadir dengan sensor 16MP dan video pada resolusi 720P Terdapat slot untuk kad mikro SD sehingga 32GB bagi mengambil gambar sebanyak mungkin. Bateri yang digunakan pula ialah AAA sahaja. Pemindahan data dari kamera ke peranti pula dilakukan menggunakan kabel mikro USB. Paper Shoot Kamera dijual pada harga $99 sebuah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd