Cari @ Amanz

Kereta elektrik beroperasi dengan senyap sehingga di Eropah wujud undang-undang mewajibkan ia mengeluarkan bunyi supaya kewujudan mereka disedari oleh pejalan kaki. Pengeluar memberikan pilihan pelbagai bunyi tapi kesemuanya masih lagi senyap jika dibandingkan dengan enjin kereta petrol.

Dodge Charger Daytona SRT ialah sebuah kereta elektrik konsep yang memecahkan tradisi ini kerana dilengkapi sistem audio pada ekzos yang bising seperti kereta petrol. Ia mengeluarkan bunyi yang sama dengan sebuah Dodge Challenger SRT Hellcat dengan kelantangan mencecah 126 dB.

Selain itu sistem transmisi elektro-mekanikal yang digunakan pula memberikan pengalaman seperti memandu kereta dengan transmisi manual konvensional. Tayar sebesar 21″ membuatkannya semakin mirip sebuah kereta petrol Dodge berprestasi tinggi.

Ini ialah percubaan Dodge untuk menentang persepsi bahawa kereta elektrik adalah membosankan serta menarik peminat kereta muscle car. Seperti kereta elektrik lain di pasaran, kokpit Charger Daytona SRT ini terdiri daripada papan pemuka pemandu sebesar 16″ dan skrin sesentuh 12.3″ untuk sistem hiburan kenderaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd