Oppo Find N pada pendapat saya, sehingga hari ini adalah peranti dengan skrin boleh-lipat terbaik dengan bentuk dan rekaan yang paling masuk akal. Tetapi ketika saya menguji peranti ini, perisian yang digunakan masih tidak cukup bagus dan sehebat One UI yang digunakan pada Samsung Galaxy Z Fold.
Menurut Digital Chat Station, Oppo Find N juga sepatutnya menggunakan kamera swafoto di bawah skrin seperti yang dilakukan pada Samsung untuk Galaxy Z Fold3 dan Z Fold4. Tetapi kamera bawah skrin Oppo ini adalah untuk skrin di luar dan bukan di dalam.

Tambahan sumber lagi yang turut menyertakan imej Oppo Find N dengan kamera di bawah skrin, Oppo dikatakan membatalkan hasrat penggunaan kamera seperti ini kerana kualiti kamera yang tidak mencapai tahap kualiti yang diingini.
Pada Samsung Galaxy Z Fold4 yang menggunakan kamera bawah skrin mempunyai imej yang lebih baik, tetapi sensor kamera masih boleh kelihatan. Oppo dijangka akan hadir dengan generasi baharu tidak lama lagi, yang mana OnePlus dan Pixel juga dijangka akan menggunakan rekaan sama.
Sama-sama kita nantikan dan lihat sama ada adakah generasi baharu nanti akan menggunakan kamera bawah skrin ataupun tidak.