NASA Mengenalpasti 13 Calon Tempat Pendaratan Misi Artemis Di Bulan

Diterbitkan pada Ogos 22, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjelang 2024, NASA akan mengembalikan manusia ke bulan di bawah Misi Artemis. Wanita pertama juga akan tiba ke bulan dengan misi ujian pertama Artemis I akan dilancarkan tahun ini. Tetapi sebelum meneruskan misi ke bulan, NASA terlebih dahulu perlu mencari tempat pendaratan yang sesuai.

Minggu lalu NASA telah mengenalpasti 13 calon tempat pendaratan untuk Misi Artemis. Kesemua lokasi ini terletak berhampiran kutub selatan bulan yang belum pernah diteroka oleh manusia. Lokasi juga dipilih kerana ia boleh diakses tidak kira bilakah NASA akan melancarkan angkasawan ke permukaan bulan. Senarai 13 lokasi tersebut adalah seperti di bawah. Tempat pendaratan akhir misi ini hanya akan dipilih selepas mengambil kira pendapat komuniti sains dan kejuruteraan.

  • Faustini Rim A
  • Peak Near Shackleton
  • Connecting Ridge
  • Connecting Ridge Extension
  • de Gerlache Rim 1
  • de Gerlache Rim 2
  • de Gerlache-Kocher Massif
  • Haworth
  • Malapert Massif
  • Leibnitz Beta Plateau
  • Nobile Rim 1
  • Nobile Rim 2
  • Amundsen Rim

komen


© Amanz / 2022 Kami