Cari @ Amanz

Pada tahun lepas, LG telah melancarkan monitor baharu dengan rekaan segi empat dan nisbah paparan 16:18. Monitor ini adalah LG DualUp Monitor Ergo. Ia dihasilkan untuk penggunaan yang lebih selesa, tanpa perlu kerap toleh ke kiri dan kanan, hadir dengan resolusi Square Double QHD 2,560 x 2,880 yang mimik dua monitor bersaiz 21.5-inci. Panel pula adalah jenis IPS.

LG menjamin yang rekaan mereka ini adalah lebih ergonomik berbanding monitor konvensional, pengguna akan lebih sukar mengalami masalah sakit tengkuk, serta mudah dilaras dengan kaki jenis kapit yang boleh diubah tahap ketinggiannya. Monitor ini juga boleh diubah sudut pandangannya secara ke atas pada kadar sekitar 335 darjah.

LG DualUp Monitor turut hadir dengan speaker terbina yang menggunakan pemacu audio 2x 7W yang ditala dengan WavesMaxxAudio. Untuk sambungan, ia hadir dengan sambungan USB-C, HDMI, DisplayPort, USB 3.0 dan turut mempunyai sensor ambien untuk mengubah kecerahan secara automatik. LG turut menggunakan teknologi Live Color Low Blue Light untuk keselesaan dan kesihatan mata pengguna dan turut menyokong mod gambar-dalam-gambar.

Monitor ini akhirnya dijual di Malaysia secara rasmi dengan harga RM2,948. Bagi yang berminat, LG DualUp Monitor boleh didapati di Shopee atau Lazada.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd