Cari @ Amanz

China merupakan negara yang mengambil serius terhadap penularan Covid-19, dan sering melakukan ujian, selain mengehadkan pergerakan serta meningkatkan kawalan sekiranya terdapat sebarang kes.

Terbaru, hadir perkongsian video, memperlihatkan pihak berkuasa China di bandar Xiamen yang turut menguatkuasakan perundangan untuk melakukan ujian terhadap nelayan dan juga hasil tangkapan.

Langkah ini adalah dalam usaha berjaga-jaga, dan mengelak sebarang penularan berlaku di bandar tersebut.

Di Xiamen, sebanyak 10 kes telah dilaporkan pada Jumaat lepas, membawa kepada jumlah 65 kes Covid-19. Bandar tersebut sendiri telah melakukan ujian secara besar-besaran, melibatkan 5 juta penduduk pada minggu lepas.

Dengan langkah ujian besar-besaran, termasuk hasil tangkapan nelayan, ia sekaligus mengehadkan penularan Covid-19 melalui sebarang medium.

Walaubagaimanapun, perkara ini mempunyai reaksi berbeza daripada para penduduk dan rakyat di sana.

Buat masa ini, WHO mengatakan tiada sebarang petanda atau bukti yang manusia menerima Covid-19 melalui makanan atau bungkusan makanan.

  • Sumber
  • Sumber : CNN
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd