Cari @ Amanz

Tahun ini Apple mula menawarkan kit membaiki sendiri peranti di rumah untuk beberapa model iPhone. Semalam mereka mengembangkan program ini untuk MacBook Air M1 dan MacBook Pro M1 pula.

Model yang disokong pada waktu ini ialah MacBook Air M1 13″, MacBook Pro M1 13″, MacBook Pro M1 14″ dan MacBook Pro M1 16″. Antara komponen yang ditawarkan di bawah program baiki sendiri di rumah ini ialah skrin, bateri, bahagian kerangka atas, bahagian kerangka bawah, TrackPad, modul Touch ID, speaker, papan Logik dan papan audio. Kos bermula serendah $5 untuk beberapa skru dan meningkat ke $580 untuk papan logik komputer.

Apple turut akan menyewakan alat yang diperlukan untuk membaiki komponen dengan sempurna di rumah pada harga $49. Mereka boleh meminjamnya selama seminggu dengan kos penghantaran ke lokasi adalah percuma. Program membaiki sendiri MacBook di rumah ini hanya ditawarkan kepada pengguna di Amerika Syarikat terlebih dahulu.

Dalam perkembangan yang sama, program membaiki iPhone sendiri di rumah kini dikembangkan juga kepada pengguna di Eropah.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd