Carian
Samsung Memberikan Kemaskini Untuk Beberapa Peranti Lama Seperti Galaxy Alpha Yang Sudah Berusia 8 Tahun
August 23, 2022 Effi Saharudin

Samsung memberikan kemas kini kepada beberapa peranti lama sejak minggu lalau seperti Galaxy S8. Tetapi minggu ini mereka memberikan pula kemas kini kepada Samsung Galaxy Alpha yang sudah berusia 8 tahun. Minggu lau peranti-peranti lama ini diberikan kemas kini untuk meningkatkan prestasi GPS serta memberikan kestabilan pada sistem.

Samsung Galaxy Alpha

Log perubahan perisian yang lengkap tidak pula diberikan oleh Samsung tetapi besar kemungkinan kemas kini yang diberikan ini turut hadir dengan tampalan sekuriti untuk mengelakkan isu sekuriti. Selain Galaxy Alpha, Galaxy S5 Neo, siri Galaxy S6 dan Galaxy A7 (2018) turut menerima kemas kini. Jika anda masih menggunakan peranti-peranti sila lakukan kemas kini dengan segera.

Komen