Bulan April lalu, berita baik tiba kepada pengguna Astro dengan langganan Disney+ Hotstar, di mana aplikasi platform penstriman video Disney ini tiba ke kotak TV Astro Ultra Box. Tetapi pengguna yang menggunakan Ulti Box, hanya boleh menstrim aplikasi Netflix sahaja.
Selepas berbulan menanti, hari ini Astro mengumumkan yang aplikasi Disney+ Hotstar kini akan tiba ke Ulti Box. Pengguna yang mempunyai langganan aktif akan datang boleh terus menonton kandungan kegemaran seperti siri TV dan filem Marvel, animasi Pixar, pelbagai kandungan K-Drama terus pada aplikasi.
Bagi pelanggan Movies Pack, langganan Disney+ Hotstar sudah pun disertakan sekali. Untuk mula menggunakannya, pergi ke Home, kemudian cari senarai aplikasi Apps dan Disney+ Hotstar akan disenaraikan terus untuk akses pantas terus pada skrin utama.