PlayStation VR2 Akan Dilancarkan Pada Tahun 2023

Diterbitkan pada Ogos 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Januari lalu, Sony mula mengacah kehadiran set kepala realiti maya baharu mereka iaitu PlayStation VR2. PS VR2 ini akan sedia menyokong konsol PS5 serta mempunyai alat kawalan baharu VR2 Sense. Paparan pada set kepala realiti maya ini pula adalah OLED 4K HDR, 2000 x 2040 dengan kadar segar semula sehingga 120Hz.

Selain itu, PS VR2 ini turut mempunyai kamera untuk menjejak pergerakan, boleh disambungkan dengan PS5 HD Camera untuk merakam sesi bermain dan banyak lagi ciri menarik. Rekaan PlayStation VR2 ini masih mirip dengan model generasi pertama, tetapi kini mempunyai lubang udara untuk mengelakkan lensa VR berkabus, lensa juga boleh dilaraskan bagi menukar jarak fokus dan menyokong picu adaptif untuk tindak balas haptik yang realistik.

Julai lalu, Sony berkongsi antaramuka dan fungsi PS VR2 seperti mod tembus, mod sinematik dan kustomasi ruang permainan. Terkini, Sony telah mengumumkan yang set kepala realiti maya mereka ini akan dilancarkan pada tahun 2023 akan datang.

komen


© Amanz / 2022 Kami