Google Duo Kini Adalah Google Meet

Diterbitkan pada Ogos 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google telah pun mengumumkan yang perkhidmatan panggilan video Google Duo dan telesidang Google Meet akan disatukan menjadi satu platform. Beberapa minggu lepas, pengguna Google Duo mula menerima peringatan yang Duo akan akan menjadi Meet.

Kini secara berperingkat, beberapa peranti Android yang saya gunakan sudah pun mengubah aplikasi Google Duo menjadi Meet dengan ikon warna-warni Google. Sementara aplikasi Google Meet kini berubah menjadi Meet (Original) dengan ikon berwarna hijau seperti Google Chat.

Dalam aplikasi Duo, ia akan memaparkan yang perkhidmatan panggilan video ini telah dinaiktaraf menjadi Meet dan pengguna dikehendaki mendaftar nombor telefon untuk terus menggunakan Meet “baharu”.

Antaramuka Meet (Original) masih lagi sama seperti yang anda kenal, sementara antaramuka Meet baharu kekal sama dengan Duo cuma boleh terus mencipta mensyuarat, menjadualkan sesi dan cipta kumpulan. Ciri Duo yang masih dikekalkan adalah menelefon skrin pintar Nest Hub.

komen


© Amanz / 2022 Kami