Telegram Ingin Mula Menambah Integrasi Web3 Dalam Beberapa Minggu

Diterbitkan pada Ogos 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Web3 merupakan salah satu terma yang hangat digunakan setahun dua ini, memfokuskan kepada integrasi rantaian-blok, kriptowang, NFT dan sebagainya. Terbaru, aplikasi permesejan Telegram turut tidak ketinggalan dan ingin menambah sokongan tersebut.

Melalui perkongsian terbaru CEO Telegram, Pavel Durov, beliau mengatakan sedang melihat kepada kaedah menambah sedikit integrasi Web 3.0 dalam minggu-minggu akan datang.

Beliau turut berkongsi berkenaan dengan TON (The Open Network) yang dahulunya dibangunkan bersama Telegram, tetapi diberikan kepada pembangun bebas selepas pihak berkuasa SEC mendapati Telegram menjual token GRAM.

TON sedia menjual beberapa nama domain dengan akhiran .TON serta menjana sejumlah wang. CEO Telegram mengatakan Telegram turut sepatutnya mampu menjana dengan menjual sejumlah nama dengan empat hurut atau lima huruf, tetapi peluang tersebut terpaksa dilepaskan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui apakah sokongan awal untuk Web3 yang akan diintegrasikan oleh Telegram tidak lama lagi.

komen


© Amanz / 2022 Kami