Realme Pad X Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1699

Diterbitkan pada Ogos 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Realme Pad X akhirnya ditawarkan di Malaysia. Ia hadir dengan kemas kini lebih menarik berbanding sebelumnya dengan sokongan 5G dan stylus terbina. Bagi yang berminat, Realme Pad X dijual dengan tanda harga RM1,699 (6GB/128GB). Ia bagaimanapun boleh dimiliki pada harga promosi serendah RM1,399 untuk tempoh masa terhad di antara tarikh 23 – 25 Ogos 2022 dengan kuantiti sebanyak 300 unit jualan sahaja.

Realme Pad X merupakan tablet dengan skrin 11-inci LCD beresusi 2K. Ia dijana dengan Snapdragon 695 bersama padanan memori 6GB RAM dn storan dalaman 128GB. Bateri pula sebesar 8340mAh yang menyokong sistem pengecasan 33W. Kamera utama 13MP, kamera swafoto 8MP dan empat pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos dan Hi-Res Audio turut dimuatkan pada tablet ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami