Cari @ Amanz

Sebuah lagi peranti di bawah siri Realme GT dilancarkan di Malaysia hari ini. Realme GT Neo 3T merupakan peranti kelas pertengahan lengkap dengan cip Snapdragon 870. Bagi yang berminat, ia dijual dengan tanda harga RM1,799 sebuah. Bagaimanapun, ia turut boleh dibeli pada harga promosi serendah RM1599 yang turut didatangkan dengan Realme Watch 3 secara percuma. Ketersediaan adalah untuk tempoh masa terhad.

Untuk spesifikasi, Realme GT Neo 3T dilengkapi skrin 6.62-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan pensijilan HDR10+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 870, GPU Adreno 650, memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri 5,000mAh dengan pengecasan 80W turut digunakan. Kamera utama pula terdiri dengan 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel dan kamera swafoto 16-Megapixel.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd