Cari @ Amanz

Sony mendominasi pasaran konsol generasi yang lalu dengan jualan PlayStation 4 adalah lebih dua kali ganda berbanding Xbox One. Dengan pegangan pasaran yang besar ini, Sony didakwa telah mengamalkan perniagaan yang tidak menggalakkan persaingan bagi meningkatkan keuntungan syarikat.

PlayStation 4

Di United Kingdom, Sony telah disaman oleh Alex Neill yang merupakan pakar hak pengguna di United Kingdom menerusi Tribunal Rayuan Persaingan. Beliau memintas ganti rugi £5 bilion (~RM 31.8 bilion) mewakili 8.9 juta pelanggan Sony terpaksa membayar lebih untuk setiap permainan video dan kandungan dalam permainan yang dibeli.

Semua pelanggan yang membeli kandungan dari PlayStation Store di UK sejak Ogos 2016 boleh meminta ganti rugi antara £67 (~RM354) hingga £562 (~RM2967) seorang jika Sony didapati bersalah.

[Sumber] Sumber – Financial Times [/sumber]

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd