Bekas Ketua Sekuriti Twitter Mendakwa Kerentanan Sekuriti Membuatkan Data Pengguna Tidak Selamat

Diterbitkan pada Ogos 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bekas ketua bahagian sekuriti Twitter Peiter “Mudge” Zatko hari ini mendakwa platform media sosial ini terdedah kepada kerentanan sekuriti yang serius sehingga menyebabkan data pengguna dalam bahawa. Antara dakwaan beliau ialah lebih daripada separuh kakitangan Google mempunyai akses kepada kawalan laman yang boleh menyebabkan akaun pengguna diambil alih.

Twitter

Ini adalah antara sebab utama beberapa akaun milik tokoh penting dunia dengan jutaan pengikut berjaya digodam beberapa tahun yang lalu untuk menghantar ciapan membeli kripto. Menurut Mudge lagi eksekutif di Twitter juga tidak mengetahui berapa jumlah sebenar pengguna yang merupakan bot.

Lebih merisaukan beliau turut berkata ada kakitangan Twitter yang sebenarnya merupakan ejen perisikan untuk negara luar. Ini akan menyebabkan akaun milik kakitangan kerajaan Amerika Syarikat terdedah kepada isu sekuriti yang serius. Hanya minggu lalu seorang bekas kakitangan Twitter didapati bersalah melakukan aktiviti intipan bagi pihak kerajaan Arab Saudi yang membahayakan kumpulan penentang pemerintahan Putera Muhammad bin Salman.

Twitter

Mudge telahpun menyerahkan dokumen bukti setebal 200 muka surat kepada SEC, FTC dan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat supaya siasatan boleh dilakukan ke atas Twitter.

Twitter mengeluarkan kenyataan mengatakan Mudge telah dibuang kerja sejak Januari lalu kerana prestasi yang tidak memuaskan. Walaupun mereka tidak mempunyai akses kepada dokumen yang telah diserahkan kepada pihak berkuasa, Twitter berkata naratif mengenai privasi dan keselamatan data yang didakwa Mudge tidak konsisten serta tidak tepat serta tidak mempunyai konteks yang tepat.

komen


© Amanz / 2022 Kami