Microsoft Kini Paparkan Iklan Pada Outlook Di Android Dan iPhone

Diterbitkan pada Ogos 23, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Microsoft kini dilihat telah mula memaparkan iklan pada aplikasi Outlook di Android dan juga iOS.

Untuk makluman, perkhidmatan emel Outlook ini sedia memaparkan iklan sebelum ini, tetapi dengan perubahan baharu ini, Microsoft turut mula memaparkan iklan pada mod inbox.

Iklan dipaparkan dalam bentuk seumpama emel, dan apabila ditekan, ia membuka pelayar web untuk mengakses laman yang diiklan tersebut.

Buat masa ini, iklan tidak dipaparkan pada bahagian Focused Inbox. Disamping itu, anda juga boleh melanggan Microsoft 365, dan elak daripada paparan iklan pada akaun anda.

Sumber : TheVerge

komen


© Amanz / 2022 Kami