Cari @ Amanz

Astro Awani, salah satu jenama yang terkenal dengan penawaran berita semasa serta saluran berita di Astro, kini mengumumkan mereka akan menerbitkan sejumlah NFT khas, bertajuk #Merdeka365.

Koleksi NFT ini akan diterbitkan bermula 31 Ogos 2022 kelak. Astro Awani akan menempa sebanyak 65 unit NFT yang diinspirasikan daripada perkongsian gambar-gambar di media sosial kepada Astro Awani.

Astro Awani mengatakan NFT ini akan diberikan secara percuma dalam satu sesi khas yang bakal diumumkan.

Astro Awani bekerjasama dengan Kelab NFT Malaysia dan juga Meta Universe Sdn Bhd untuk penawaran koleksi NFT ini.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar diri di halaman khusus yang disediakan oleh Astro Awani, dan mengikuti maklumat lanjut berkenaan penawaran NFT khusus ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd