Terdapat ratusan spesis ikan yu yang wujud di lautan pada hari ini, dan terbaru, sekumpulan saintis dari Florida Atlantic University dan Australia James Cook University sedang mengkaji sebuah spesis ikan yu yang agak unik, dikenali sebagai epaulette.
Spesis ikan yu ini dipercayai merupakan sebuah evolusi, dan telah diperkatakan sejak awal 2020-an lepas.
Ikan yu ini boleh “berjalan” di darat dengan menggunakan sirip mereka. Ia dilihat boleh hidup di darat untuk sekitar lebih sejam.
Kaedah ini juga turut menjadi salah satu cara untuk spesis ikan yu ini melarikan diri daripada pemangsa, iaitu dengan naik ke darat. Setakat ini, sektiar sembilan spesis ikan yu dikenal pasti dengan kaedah hidup sebegini yang boleh menyesuaikan diri di darat dan “berjalan” menggunakan sirip.

Buat masa ini, kajian lanjut dijangka akan dilakukan dalam memahami evolusi, termasuk bagaimana ia menyesuaikan diri dan bernafas.
- Sumber
- Sumber : Futurism