Dengan Alexa Game Control Permainan Video Boleh Dikawal Menggunakan Suara

Diterbitkan pada Ogos 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menjadi lumrah dalam permainan video terdapat pelbagai butang perlu dihafal untuk mengawal watak yang dikawal di skrin. Bagi pemain veteran, ini ialah proses mudah yang akan hanya mengambil masa beberapa minit. Tetapi bagi mereka yang tidak biasa menggunakan alat kawalan ia adalah proses yang agak sukar.

Di Gamescon, Amazon telah mengumumkan Alexa Game Control yang membolehkan pelbagai aksi dalam permainan video dilakukan dengan arahan suara. Ia boleh memahami arahan untuk menggunakan ubat, menukar kartrij peluru senapang dan menukar senjata terbaik dengan hanya arahan suara.

Pemain tidak perlu menyeru Alexa terlebih dahulu kerana ia sentiasa bersedia mendengar kata kunci untuk melakukan aksi dalam permainan. Mereka juga tidak perlu mempunyai peranti Alexa seperti Echo misalnya kerana sebarang mikrofon serasi digunakan dengan Alexa Game Control.

Permainan pertama yang menyokong Alexa Game Control ialah Dead Island 2. Pada waktu ini Alexa Game Control hanya disokong pada platform PC dan Xbox terlebih dahulu tetapi Amazon telah mengeluarkan SDK untuk di digunakan pada platform lain oleh pembangun.

komen


© Amanz / 2022 Kami