Samsung Melancarkan TV 98″ Neo QLED Dengan Kecerahan Mencecah 5000 nits

Diterbitkan pada Ogos 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Samsung melancarkan KQ98QNB100, sebuah televisyen pintar dengan skrin sebesar 98″ Neo QLED dan resolusi 4K di Korea Selatan. Skrin televisyen ini bukan sahaja besar tetapi mampu memaparkan kecerahan sehingga 5000 nits yang hampir tiga kali ganda lebih terang berbanding skin sebuah Samsung Galaxy S22 Ultra.

Panel skrin mampu memaparkan waran 14-bit dan dengan cip Neo Quantum Processor+ kandungan tidak natif 4K boleh dinaikkan kualitinya untuk kelihatan lebih tajam. Terdapat sokongan untuk sistem HDR10+ dan HLG. Memandangkan ini ialah sebuah TV pintar Samsung dengan Tizen, masih tiada sokongan untuk kandungan Dolby Vision.

Lebih menarik ialah sistem audio terbina 120W yang menyokong saluran audio 6.4.4 – enam speaker menembak ke depan, empat menembak ke atas dan empat lagi woofer untuk audio Dolby Atmos sebenar. Masih terdapat sokongan Object Sound Tracking+ dan Q-Symphony bagi membolehkan ia dipadakan dengan soundbar keluaran Samsung.

Kesemua ini dimasukkan ke dalam TV yang hanya setebal 19.9. Di Korea Selatan KQ98QNB100 dijual pada harga 45,000,000 KRW (~RM 151,000) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami