Cari @ Amanz

Ramai yang mempunyai idea tersendiri dalam merekabentuk iPhone idaman tersendiri. Kini, salah seorang pembangun bebas hadir dengan laman khusus yang membolehkan orang ramai membina dan merekabentuk iPhone idaman masing-masing.

Laman khusus ini hadir dengan ciri drag & drop untuk pengguna menambah komponen dan rekaan pada iPhone mereka.

Pengguna boleh membuat rekaan dengan menambah sejumlah komponen pada iPhone anda, dan seterusnya menjana video untuk peranti berkenaan.

Laman ini dihasilkan sekadar hobi, dan mungkin anda boleh menghasilkan rekaan idaman iPhone anda, dan berkongsi idea bersama yang lain melaluinya. Bagi anda yang kebosanan, mungkin boleh ke laman Neal.fun ini, dan menyerlahkan idea iPhone anda yang tersimpan di minda sekian lama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd