Sajith Sivanandan sebelum ni telah mengetuai Google Malaysia sejak tahun 2011 yang lepas, sebelum meninggalkan jawatan tersebut pada 2018 dan beralih untuk mengetuai Google Pay dan juga Inisiaitif NBU (Next Billion User) dibawah Google.

Kini, bergerak kehadapan, Sajith Sivanandan akan menyertai Disney sebagai VP Eksekutif, dan turut akan menerajui Disney+ Hotstar India.
Beliau akan menyertai Disney bermula Oktober kelak. Antara tanggungjawab baharu beliau kelak adalah termasuk merancang keseluruhan operasi perniagaan Disney+ Hotstar di India, selain turut bertanggungjawab dalam menerajui perniagaan penstriman untuk terus meningkatkan angka pelanggan.