Samsung Galaxy A04 Dilancarkan Dengan Kamera 50MP Dan Bateri 5000mAh

Diterbitkan pada Ogos 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Barisan peranti Galaxy A dikemaskini dengan sebuah lagi model baharu. Melaluinya, Samsung Galaxy A04 telah diperkenalkan sebagai model kemas kini buat Galaxy A03 sebelum ini. Setakat artikel ini ditulis, peranti dilihat sekadar disenaraikan dan tiada maklumat mengenai harga jualan yang ditemui.

Samsung Galaxy A04 dilengkapi skrin sebesar 6.5-inci HD+ dengan penggunaan panel bertakuk Infinity-V. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip pemprosesan lapan teras yang tidak didedahkan secara khusus. Namun, ia dikhabarkan dijana dengan cip Exynos 850. Memori pula sehingga 8GB RAM dengan padanan storan dalaman mencapai 128GB.

Sebagai tambahan, peranti turut menyokong ruang kad microSD yang boleh dikembangkan sehingga 1TB. Sistem dwi-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP (f/1.8) + 2MP (f/2.4) dan kamera hadapan pula sebesar 5MP. Tidak ketinggalan, peranti juga dimuatkan dengan bateri 5000mAh dan menjalankan OneUI Core 4.1 berasaskan Android 12.

komen


© Amanz / 2022 Kami