Cari @ Amanz

BlackBerry merupakan salah satu jenama telefon pintar yang popular sekitar lebih sedekad lepas. Malah, penggunaan permesejan BBM agak popular dan mempunyai penggunannya tersendiri, selain ia juga turut hadir dengan pelan data khusus dinamakan BIS pada harga sangat kompetitif.

Apa pun, dengan populariti telefon pintar seperti iPhone dan Android, jenama BlackBerry kian hilang, dan kini tiada lagi telefon pintar baharu berjenama BlackBerry dihasilkan.

Selari dengan ini, kini sebuah filem akan ditayangkan, dinamakan “BlackBerry”, dan mengambil kisah latar bangun dan jatuhnya jenama tersebut. Filem ini berasaskan kepada buku “Losing the Signal: The Untold Story Behind the Extraordinary Rise and Spectacular Fall of BlackBerry” yang telah diterbitkan pada 2015 lepas.

Filem berasaskan kepada jenama teknologi semakin banyak dihasilkan akhir-akhir ini, termasuk yang telah dikeluarkan adalah berkenaan dengan Facebook, Apple, WeWork, dan beberapa yang lain lagi.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah filem ini bakal ditayangkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd