Wujud pendapat bahawa menyelami alam metamesta akan menjadi perkara normal dalam masa terdekat. Beberapa platform metamesta seperti Meta Horizon Worlds menggunakan avatar 3D yang kelihatan seperti watak animasi yang kurang realistik bagi mengurangkan keperluan grafik.
Di Oppo mereka melihat di masa hadapan avatar 3D peribadi yang realistik akan menjadi pengganti diri. Oleh itu mereka membangunkan OPPO Digital Avatar Lab yang menghasilkan moden 3D menggunakan beberapa peranti Oppo Find X5 Pro.
OPPO Digital Avatar Lab menggunakan sepenuhnya kamera Oppo Find X5 Pro mengambil gambar individu secara 360 darjah. Kecerdasan buatan kemudiannya menghasilkan avatar 3D secara automatik. Selain itu Oppo Digital Avatar Lab ini juga boleh menganalisa pergerakan individu di dalamnya sebelum memindahkan pergerakan yang dilakukan ke model 3D yang dihasilkan.

Tambah Oppo lagi teknik Structured Local Radiance Fields for Human Avatar Modeling mereka ini adalah cukup baik untuk menggerakkan model 3D yang memakai kain. Satu elemen yang biasanya sukar dilakukan oleh teknik lain sebelum ini. Teknik ini telahpun dibentangkan oleh Oppo di acara Computer Vision and Pattern Recognition Conference (CVPR) tahun ini.
- Sumber
- Sumber – Oppo