Realme C35 Dengan Variasi 6GB RAM Ditawarkan Di Malaysia Pada RM799

Diterbitkan pada Ogos 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Peranti Realme C35 kini hadir dengan variasi baharu yang menampilkan memori lebih besar berbanding sebelum ini. Melaluinya, peranti berkenaan kini tersedia dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bagi yang berminat, peranti ini dijual pada RM799 menerusi kedai rasmi dan pengedar sah Realme Malaysia di seluruh Malaysia.

Realme C35 dilengkapi skrin sebesar 6.6-inci FHD+ dengan panel sejenis IPS LCD. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Unisoc T616 dan bateri 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 18W. Kamera utama pula terdiri dengan 50MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula sebesar 8MP. Tidak ketingalan, peranti juga menjalankan sistem operasi Android serta antara muka Realme UI R Edition.

komen


© Amanz / 2022 Kami