Carian
Xiaomi Diperkatakan Bakal Hadir Dengan Satu Lagi Sub-Jenama Baharu
August 24, 2022 Aman

Kini hadir desas-desus baharu dari India, mengatakan Xiaomi mungkin memperkenalkan sebuah lagi sub-jenama baharu dibawah mereka, memfokuskan kepada para peminat teknologi.

Sub-jenama atau siri baharu ini mungkin meneruskan kejayaan Redmi dan Poco sebelum ini, tetapi dengan fokus terhadap peminat teknologi. Xiaomi dijangka menawarkan pengalaman Android seumpama versi asli, dan bukannya diubah-suai seperti MIUI.

Xiaomi Mi A1

Ia dikatakan pihak Xiaomi melihat peluang kepada pasaran peminat teknologi yang tidak diliputi sepenuhnya di India – memandangkan OnePlus telah bergabung kembali bersama Oppo, selain Pixel yang hanya ditawarkan dengan sangat terhad.

Mengikut sumber desas-desus juga, Xiaomi sedang melihat kepada kemungkinan membangunkan ia dibawah siri A yang tidak diteruskan untuk sekian lama. Sebelum ini, siri Xiaomi A memfokuskan penawaran Android One – yang hadir dengan antaramuka asli tanpa sebarang penambahan antaramuka Xiaomi.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah langkah Xiaomi seterusnya dalam mencuri pasaran yang tidak diliputi penuh ini.

Komen