Cari @ Amanz

Tecno Pova Neo merupakan sebuah peranti kelas permulaan yang dijana dengan cip MediaTek Helio G25. Berkongsi lanjut mengenainya, harga jualan peranti telah dikemaskini dengan penawaran lebih rendah berbanding sebelum ini.

Melaluinya, Tecno Pova Neo (4GB/64GB) boleh dibeli pada RM499 (RRP:RM549), sementara itu variasi 6GB/128GB pula berharga RM649 (RRP : RM699). Bagi yang berminat, ia sudah boleh dibeli bermula hari ini menerusi kedai atas talian rasmi Tecno di Shopee.

Tecno Pova Neo dilengkapi skrin 6.82-inci IPS LCD Dot Notch Display beresolusi HD+ (720 X 1640 piksel) . Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G25 dan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Tetapan kamera pula terdiri dengan sensor utama 13MP, di samping kamera swafoto 8MP. Tidak ketinggalan, peranti juga menjalankan Android 11 berasaskan antaramuka HIOS 7.6.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd