Hologram CCO Binance Digunakan Untuk Menipu Pelabur Kripto

Diterbitkan pada Ogos 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Penggunaan hologram untuk memperdaya orang digunakan dalam filem sains fiksyen Total Recall. Ia juga adalah antara ciri yang kerap digunakan dalam permainan video. Tetapi kini hologram telah digunakan oleh penipu atas talian untuk memperdaya pelabur kripto.

Meta Hologram

Menurut COO Binance, Patrick Hillmann hologram beliau telah digunakan dalam sesi telesidang projek kripto. Hologram dengan kecerdasan buatan ini berjaya memperdayakan pelabur yang melihat kehadiran beliau dalam telesidang sebagai petanda projek kripto tersebut boleh dipercayai.

Hillman hanya menyedar imej beliau disalahgunakan selepas menerima ucapan terima kasih dari pelabur menerusi LinkedIn. Beliau kini mengingatkan pelabur supaya berhati-hati kerana teknik penipuan yang digunakan sekarang semakin canggih.

komen


© Amanz / 2022 Kami