Carian
TikTok Menguji Ciri “Nearby” Untuk Paparkan Kandungan Berdekatan Dengan Pengguna
August 24, 2022 Fahim Zahar

TikTok semakin lama menjadi semakin hebat dan berjaya membuatkan platform media sosial lain berasa gerun dengan populariti mereka. Sampai ada yang menyalin ciri dan fungsi yang sama.

TechCrunch baru-baru ini melaporkan yang TikTok sedang menguji ciri Nearby baharu untuk memaparkan kandungan tempatan. Contohnya, pengguna di Malaysia akan melihat kandungan yang berdekatan dengan anda dan bukan kandungan dari luar negara.

TikTok

Ciri ini dikatakan akan hadir dengan tab tersendiri berdekatan dengan Following dan For You. Dengan ciri ini, pencipta kandungan kelak boleh menandakan lokasi di mana mereka merakam kandungan. Menurut sumber, jika video yang anda tonton itu mengenai restoran, tempat bercuti, kafe dan sebagainya – tab Nearby akan memaparkan video berkaitan agar mudah untuk anda pergi ke tempat-tempat tular.

Ciri ini akan lebih memudahkan pengguna yang menggunakan TikTok sebagai platform carian. Wakil Google pernah berkongsi yang ramai pengguna mudah menggunakan TikTok sebagai tempat carian menggantikan Google.

Komen