Cari @ Amanz

Facebook kini dilihat menghadapi masalah teknikal atau pepijat, membuatkan pelbagai perkongsian diterbitkan pada akaun-akaun milik selebriti secara rawak, dipaparkan pada NewsFeed pengguna lain.

Ini sekaligus membuatkan halaman News Feed sejumlah pengguna dibanjiri dengan komen-komen dan perkongsian yang diterbitkan orang tidak dikenali pada halaman selebriti ini. Ia sekaligus membuatkan pengguna sukar mengetahui perkembangan rakan-rakan dan ahli keluarga seperti kebiasaan.

Buat masa ini, pihak Facebook masih tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan masalah teknikal ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd