Saya alah kepada makanan laut. Seorang lagi kakitangan Amanz pula mempunyai alahan kepada kacang yang boleh membawa maut. Oleh sebab itulah makanan perlu dilabel dengan sempurna bagi mengelakkan kematian akibat alahan.
Sekumpulan saintis dari Amerika Syarikat mengumumkan mereka berjaya merawat alahan kacang pada tikus makmal dalam eksperimen yang dilakukan. Untuk mengelakkan reaksi negatif alahan kacang pada tikus, ia diberikan sebatian butyrate yang didapati dapat menghalang alahan.
Ini sudah lama diketahui tetapi sebatian ini mempunyai masalah bau yang busuk menyebabkan ia tidak boleh dimakan. Selepas menjala ni proses kimia, bau busuk butyrate berjaya dihilangkan. Apabila diberikan kepada tikus dengan alahan kacang, tiada kesan negatif dikesan. Oleh sebab penyelidik percaya ia mempunyai potensi untuk merawat semua bentuk alahan makanan.
Ahli saintis ini akan menerbitkan kajian mereka menerusi American Chemical Society (ACS) dengan rancangan mengembangkan lagi ujian ke atas haiwan. Sekiranya berjaya permohonan dari FDA pula akan dipohon bagi membolehkan ujian ke tas manusia dilakukan. Selain merawat alahan makan, penyelidik berharap penemuan mereka juga boleh digunakan oleh penerima organ selepas pembedahan bagi mengelakkan penolakan.