Beam akan memberikan potongan harga sehingga 50% kepada pelanggan skuter mobiliti mereka sempena bulan kemerdekaan. Promosi akan ditawarkan bermula 27 Ogos hingga 16 September ini sahaja.

Pelanggan akan dikenakan caj RM0.30 seminit (berbanding RM0.60/minit) pada waktu puncak 6 pagi hingga 6 petang bersamaan potongan harga 33%. Selepas waktu puncak 6 petang hingga 6 pagi pelanggan dikenakan caj RM0.30 seminit (berbanding RM0.45/minit) bersamaan potongan harga 50% dapat dinikmati. Pada waktu yang sama pelanggan yang meletakkan skuter pada kawasan hab pengangkutan awam akan menerima kredit RM2.00.