Cari @ Amanz

Akses kepada internet telah diiktiraf sebagai salah satu hak asasi manusia. Di Malaysia capaian internet sudah melangkaui 90% tetapi masih ada beberapa kawasan yang masih ketinggalan. Tetapi jika anda ke Gunung Kilimanjaro yang merupakan gunung tertinggi benua Afrika, anda kini akhirnya mendapat capaian internet.

Rangkaian selular dan internet akhirnya boleh diakses selepas dilancarkan oleh kerajaan Tanzania. Pada waktu ini capaian internet selular bole digunakan sehingga ketinggian 3720 meter dengan ia akan dikembangkan sehingga puncak Kilimanjaro pada ketinggian 5895 meter menjelang penghujung 2022.

Walaupun tujuan utamanya ialah untuk meningkatkan jumlah pelancong, ia juga mempunyai fungsi sekunder menyelamatkan nyawa dalam situasi kecemasan. Setiap tahun terdapat banyak insiden kecemasan dengan bantuan lambat diberikan kerana capaian selular yang tidak memuaskan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd