Cari @ Amanz

Xiaomi kini ialah pengeluar dengan pegangan pasaran terbesar telefon pintar di Malaysia selepas berjaya memintas Samsung. Di Eropah mereka tidak berada di tangga teratas tetapi sudah berjaya memintas Apple untuk selesa di tangga kedua dengan pegangan 21.7% pada Q2 2022.

Ini adalah kejayaan yang besar bagi sebuah syarikat yang hanya mula mengeluarkan telefon pintar sedekad yang lalu. Selain menjadi antara kuasa besar di Eropah, Xiaomi juga tersenarai sebagai antara tiga pengeluar dengan pegangan telefon pintar terbesar sepanjang 55 pasaran global. Dengan mereka kini mempunyai kolaborasi kamera dengan Leica, masa depan Xiaomi nampak semakin cerah walaupun permintaan untuk telefon pintar mengecut tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd