Poco Mengacah Kehadiran Peranti Baharu Di Bawah Siri M

Diterbitkan pada Ogos 24, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Poco India menerusi ciapan terkini di Twitter rasmi memberi bayangan bahawa terdapat peranti baharu yang bakal dilancarkan. Bagaimanapun, Poco masih berteka-teki dan enggan berkongsi maklumat lanjut mengenai perkara tersebut. Tetapi kapsyen yang disertakan jelas menunjukkan peranti tersebut kemungkinan besar dilancarkan di bawah siri Poco M.

Gambar berlatar belakang kuning dengan rekaan menyerupai kulit dan perkataan “G99” yang disertakan turut sedikit sebanyak memberi bayangan mengenai produk. Misalnya seperti, ia mungkin didatangkan dengan kemasan kulit bersama cip MediaTek Helio G99. Tambahan pula baru-baru ini, desas-desus mengenai kewujudan Poco M5 4G dengan cip MediaTek Helio G99 juga telah kedengaran. Justeru terdapat kebarangkalian ia adalah peranti yang dimaksudkan oleh Poco.

Poco M4 5G

Untuk masa sekarang, masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini. Seperti biasa adalah lebih baik kita nantikan perkembangan lebih lanjut daripada pihak Poco sendiri dari masa ke semasa.

komen


© Amanz / 2022 Kami