Cari @ Amanz

Pada hari ini, ramai yang sedia melakukan carian menggunakan aplikasi TikTok dalam menemui sejumlah perkara baharu, sebelum melakukan carian lanjut pada enjin carian popular. Menyedari perkara berkenaan, kini Bytedance, syarikat induk TikTok turut memperkenalkan sebuah aplikasi carian tersendiri di China, dinamakan Wukong.

Menariknya juga, Bytedance turut menjanjikan tiada iklan pada aplikasi carian mereka. Ini bermakna, untuk setiap carian, pengguna akan melihat informasi yang dicari terlebih dahulu pada senarai teratas, dan bukannya penyenaraian iklan.

Hal ini sekaligus memberikan cabaran terus kepada Baidu di China. Untuk makluman, tiada enjin carian Google yang ditawarkan di China.

Bytedance turut mempromosikan aplikasi carian mereka sebagai memfokuskan kepada informasi berkualiti, bebas iklan. Namun, Bytedance masih mengutamakan hasil carian daripada sejumlah produk mereka, termasuk dari TikTok yang dipaparkan pada aplikasi Wukong ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada Bytedance akan memperluaskan penawaran mereka ini ke luar China atau sebaliknya.

  • Sumber
  • Sumber : SCMP
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd