Cari @ Amanz

Dengan pelbagai asteroid dan komet yang melalui ruang angkasa saban hari, kini NASA ingin melakukan ujian buat pertama kalinya, menggunakan sebuah satelit sebagai sistem pertahanan daripada pelanggaran asteroid atau komet atau meteor.

Melalui ujian misi pertama yang dijadualkan pada bulan September kelak, NASA akan menghempaskan satelit yang dikawal jarak jauh ke atas sebuah asteroid – seterusnya melihat impak dan bagaimana reaksi terhadap gerakan asteroid berkenaan.

Data daripadanya dijangka akan digunakan dalam terus membangunkan sistem pertahanan Bumi daripada sebarang ancaman komet atau asteroid pada masa akan datang.

NASA menjadualkan acara berkenaan pada 27 September kelak, dan akan siarkan ia secara langsung kepada umum.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd