Huawei FreeBuds Pro 2 Kini Di Malaysia Pada Harga RM899

Diterbitkan pada Ogos 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei FreeBuds Pro 2 akhirnya mula dijual di Malaysia hari ini selepas pelancaran globalnya dilakukan di Bangkok pada awal bulan yang lalu. Fon telinga nirwayar ini mempunyai sistem audio yang ditala oleh Devialet, sistem pembatalan hingar aktif dan sokongan audio beroesolusi tinggi.

Huawei FreeBuds Pro 2 menggunakan sepasang pemandu audio bagi menghasilkan bunyi yang lebih dinamik serta mantap. Pembatalan hingar aktif Intelligent ANC 2.0 pula boleh meredam hingar sehingga 47 db dengan tiga mod boleh dipilih oleh pengguna mengikut kesesuaian situasi. Lebih penting sekali TWS ini boleh ditambat kepada dua peranti serentak dengan sokongan untuk HarmonyOS, Android dan iOS diberikan.

Sokongan audio beresolusi tinggi lengkap degan sokongan coded LDAC turut diberikan. Bagi yang gemar bersukan pula, putik telinga FreeBuds Pro 2 melepasi piawaian IP54 yang menjadikannya kalis peluh. Dengan sekali caj setiap putik boleh bertahan sehingga 6.5 jam atau sehingga 30 jam dengan bantuan pod pengecas.

Di Malaysia Huawei FreeBuds Pro 2 dijual pada harga RM899 dalam pilihan warna Silver Blue, Ceramic White dan Carbon Black. Pelanggan juga akan menerima langganan Huawei Music Premium selama tiga bulan serta kerangka simpanan secara percuma. Tetapi kepada pengguna My Huawei mereka boleh membelinya pada harga istimewa RM799 sehingga 11 September 2022.

komen


© Amanz / 2022 Kami