Cari @ Amanz

Salah satu perkhidmatan pengkomputeran awan yang ternama di dunia adalah Alibaba Cloud, dan perkhidmatan ini jugalah merupakan tulang belakang Alibaba Group secara keseluruhan. Malah Alibaba Cloud turut digunakan pada pelbagai industri, justeru kepentingan bakat digital merupakan perkara yang sentiasa dititikberatkan.

Bagi memastikan kesinambungan dalam mengukuhkan bakat digital tempatan, Alibaba Cloud melancarkan Alibaba Cloud Empowerment Program (AAEP) khusus kepada institusi pengajian bagi melatih pelajar dan juga tenaga pengajar untuk lebih arif dalam pengkomputeran awan.

Menerusi program AAEP yang juga dirasmikan oleh Menteri Sains Teknologi & Inovasi YB Dr Adham Baba , terdapat tiga agenda utama yang akan dilakukan Alibaba Cloud:

  • Jerayawara Universiti Seluruh Malaysia – Alibaba Cloud akan mengadakan jerayawara ke universiti serta institut pengajian tinggi bagi mempromosikan perkhidmatan mereka, disamping memperkenalkan syarikat tempatan yang menggunakan perkhidmatan mereka
  • Pertandingan MY Digital Talent in U – Acara dan aktiviti akan diadakan bagi memupuk serta mencari pakar dikalangan pelajar dan akademia, dan menerusi ini program latihan akan disediakan
  • Duta Pelajar – Menerusi agenda ini, pelajar-pelajar yang berbakat akan diketengahkan, sekaligus memupuk kemahiran serta keyakinan mereka.

Alibaba Cloud turut digunakan oleh beberapa jenama terkemuka tempatan, seperti Genting, Bank Muamalat, Senheng, Curlec, Todak Digital, PNB dan pelbagai lagi termasuklah perkhidmatan lain seperti Lazada dan Alipay.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd