Plex Meminta Pengguna Menukar Kata Laluan Segera Kerana Data Telah Digodam

Diterbitkan pada Ogos 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Plex hari menggesa semua pengguna dalam sebuah emel untuk menukar kata laluan akaun dengan segera kerana mereka telah mengesan data peribadi telah berjaya digodam. Antara data yang berjaya digodam ialah emel, nama akaun dan kata laluan pengguna.

Kerentanan sekuriti yang mengakibatkan akaun pengguna dicuri telahpun ditampal oleh Plex tetapi mereka tidak mendedahkan bagaimana data telah diakses. Siasatan turut telah dimulakan dan syarikat bertekad untuk meningkatkan keselamatan sistem di masa hadapan. Jika anda pengguna Plex sila ubah kata laluan segera dan gunakan pengesahan identiti dwi-faktor sekarang.

komen


© Amanz / 2022 Kami