Digi hari ini mengumumkan pelan perayauan Digi Asia Pass yang membolehkan pelanggan menikmati rangkaian internet selama tiga hari pada harga RM25. Termasuk dalam pelan ini ialah kuota data 2GB dan panggilan telefon selama 30 minit.

Digi Asia Pass oleh digunakan di 20 negara Asia. Pada waktu yang sama tambahan 2GB data lagi diberikan kepada pelanggan yang pergi ke Indonesia, Singapura dan Thailand. Turut ditawarkan ialah pelan perayauan selama 7 hari pada harga RM50 di 46 negara seperti Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat. Kesemua pelan in boleh diakses pelanggan pelan prabayar dan pascabayar Digi.
Pelanggan pelan pascabayar Digi Postpaid 90 dan ke atas juga boleh membeli pelan Roam Like Home Freedom yang menawarkan kuota data 10GB dan panggilan suara 60 minit semasa melakukan perayauan. Untuk maklumat lebih terperinci sila ke laman Digi.