Cari @ Amanz

Pelancaran hari ini turut memperlihatkan pengenalan baharu untuk aksesori audio keluaran Oppo. Melaluinya, Oppo Enco Buds 2 diperkenalkan dengan rekaan fon telinga nirwayar jenis dalam telinga bertangkai dengan pod pengecas berbentuk bujur.

Tersedia dalam warna Moonlight dan Midnight, ia dijual pada RM129 untuk seunit. Bagi yang berminat, jualan akan bermula esok 26 Ogos 2022 menerusi My Oppo Space, kedai dalam talian rasmi dan pengedar sah Oppo di seluruh Malaysia.

Oppo Enco Buds2 mempunyai sepasang pemandu audio sebesar 10mm dengan pembatalan hingar berasaskan AI. Ia kemudiannya dilengkapi teknologi Enco Live Stereo Sound Effect untuk pengalaman audio lebih imersif.

Ia juga dibekalkan dengan bateri 460mAh yang mampu beroperasi sehingga 28 jam dengan bantuan pengecas. Lain-lain spesifikasi termasuklah sokongan bluetooth 5.2, kawalan sesentuh menyeluruh, kalis air IPX4 dan aplikasi Hey Melody diperlukan untuk kawalan lebih baik

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd