NASA Berkongsi Bunyi Yang Dikeluarkan Oleh Lohong Hitam

Diterbitkan pada Ogos 25, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kita belajar di sekolah bahawa bunyi tidak boleh bergerak di dalam ruang hampagas. Oleh itu tiada bunyi boleh didengari di angkasa lepas. Tetapi dalam situasi tertentu bunyi boleh bergerak di angkasa lepas dan penyelidik NASA yang ditugaskan mencari eksoplanet telah berkongsi bunyi yang dikeluarkan oleh sebuah lohong hitam.

Lohong gelap ini terletak 200 juta tahun cahaya dari bumi. Bunyi dapat dikesan oleh penyelidik kerana di kluster galaksi Perseus terdapat gas mencukupi. Ia sebenarnya tidak boleh didengari oleh telinga manusia kerana bergetar pada frekuensi yang terlalu rendah tetapi bunyi di atas terhasil selepas diproses oleh penyelidik. Ada baiknya bunyi ini tidak dapa didengari telinga manusia biasa kerana kedengaran seperti rintihan roh terseksa dalam filem-filem seram.

komen


© Amanz / 2022 Kami